Sunday, November 27, 2011

SEPINTAS LALU:


Latar Belakang

Menurut sejarah, Kampung Selemak adalah salah satu  kampung yang paling awal  diteroka oleh pendatang Minangkabau di bahagian darat Rembau.  Ia diteroka oleh Datuk Kepala Putih pada awal abad ke-16.

Penduduk dan Kependudukan

Selepas kedatangan angkatan pertama yang diketuai oleh Dato Lela Balang ke Rembau, sejarah kampung ini diteroka oleh angkatan kedua Minangkabau yang di ketuai oleh 4 orang ketua membuka kawasan jauh ke darat seperti Batu Hampar, Sungai Layang, Lubok Rusa dan Bintongan.

Bermakna bahagian Darat Luak Rembau dibuka oleh orang-orang daripada  empat suak atau suku seperti berikut:-

i.          Paya Kumbuh ( Sungai Layang )                         -           Dato Laut Dalam
ii.         Seri Lemak ( Lubuk Rusa )                                 -           Dato Putih
iii.        Batu Belang ( Kg. Batu/ Bintongan )                    -           Dato Baginda Putera
iv.        Seri Melenggang                                                 -           Dato Budi

Tiga suak yang pertama membuka daerah di kaki bukit mengadap Sungai Layang (1), Lubuk Rusa (2), dan Kampung Batu/ Bintongan (3).

Lubuk Rusa  ( Nurhalim Ibrahim, Warisan Bil.23; 123 ) sebuah perkampungan yang telah diterokai oleh Dato Putih pada sekitar tahun 1520-an. Sekitar tahun 1728/ 29 kawasan ini menjadi  salah satu tempat perhentian Raja Melewar dalam perjalanan ke Seri Menanti  selepas dibuang negeri oleh Dato Sedia Raja Sabat, Penghulu Rembau ke-8 ( 1725-1750 ). Semasa berehat di kawasan ini rombongan Raja Melewar telah diserang oleh orang Rembau dan Raja Melewar bersama pengikutnya berundur ke kawasan bukit Miku.

Keseluruhan penduduk Kampung Selemak terdiri daripada orang Melayu yang mengamalkan Adat Perpatih.

Kajian tentang sistem sosial Kampung ini pernah dilakukan oleh  Abu Hassan bin Othman ( Prof.Tan Sri, mantan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah ) pada tahun 1970. Kajian ilmiah peringkat sarjananya.

Juga seorang pengkaji Jepun bernama  Takamuri dalam tahun 1960-an.