Latar Belakang
Menurut sejarah, Kampung Selemak adalah
salah satu kampung yang paling awal diteroka oleh pendatang Minangkabau di
bahagian darat Rembau. Ia diteroka oleh
Datuk Kepala Putih pada awal abad ke-16.
Penduduk dan Kependudukan
Selepas kedatangan angkatan pertama yang
diketuai oleh Dato Lela Balang ke Rembau, sejarah kampung ini diteroka oleh
angkatan kedua Minangkabau yang di ketuai oleh 4 orang ketua membuka kawasan
jauh ke darat seperti Batu Hampar, Sungai Layang, Lubok Rusa dan Bintongan.
Bermakna bahagian Darat Luak Rembau
dibuka oleh orang-orang daripada empat
suak atau suku seperti berikut:-
i. Paya
Kumbuh ( Sungai Layang ) - Dato
Laut Dalam
ii. Seri Lemak ( Lubuk Rusa ) - Dato Putih
iii. Batu Belang ( Kg. Batu/ Bintongan ) - Dato
Baginda Putera
iv. Seri Melenggang - Dato Budi
Tiga suak
yang pertama membuka daerah di kaki bukit mengadap Sungai Layang (1), Lubuk
Rusa (2), dan Kampung Batu/ Bintongan (3).
Lubuk Rusa ( Nurhalim Ibrahim, Warisan Bil.23; 123 )
sebuah perkampungan yang telah diterokai oleh Dato Putih pada sekitar tahun
1520-an. Sekitar tahun 1728/ 29 kawasan ini menjadi salah satu tempat perhentian Raja Melewar
dalam perjalanan ke Seri Menanti selepas
dibuang negeri oleh Dato Sedia Raja Sabat, Penghulu Rembau ke-8 ( 1725-1750 ).
Semasa berehat di kawasan ini rombongan Raja Melewar telah diserang oleh orang
Rembau dan Raja Melewar bersama pengikutnya berundur ke kawasan bukit Miku.
Keseluruhan penduduk Kampung Selemak
terdiri daripada orang Melayu yang mengamalkan Adat Perpatih.
Kajian tentang sistem sosial Kampung
ini pernah dilakukan oleh Abu Hassan bin
Othman ( Prof.Tan Sri, mantan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah ) pada
tahun 1970. Kajian ilmiah peringkat sarjananya.